My Bake,My Deco datang dari Baling.. ada kek, biskut dan gubahan hantaran..Pada yang berminat boleh membuat tempahan ya..selamat menjelajah ~ ainunnee
Sunday, 29 June 2014
3D cake -- oggy and the cockroaches
Chocolate Moist Walnut
Filling Chocolate Ganache
Fully cover chocolate ganache & Fondant
Untuk gadis manis 5 tahun si Balqis.. Happy birthday sayang ... Kek ni di tempah khas oleh ibu tersayang untuk buatkan kek oggy & the cockroaches ni. Dia betul2 minat citer ni..If baba dia tukar siaran dia mengamuk.. Hahaha..
So cheq rialisasikan apa yang di minta..Semalaman cheq dok telek kartun oggy ni...huhuhu..
Harap2 si Balqis suka.
Selamat Hari Lahir Boss...
Chocolate Moist Walnut Filling Chocolate ganacheFully Cover Chocolate ganache, butter cream & fondant
Kek hari jadi ni di tempah khas oleh staf Bank Rakyat, Baling untuk sambut birtyday boss dia org...waaaahh sayang sungguh anak2 buah boss ni.. cheq buat bedasarkan apa yang di minta..
Terima kasih ya menempah kek dengan Aqeis..
Saturday, 28 June 2014
Birthday cake for Husna..
Chocolate Moist Walnut
Filling Chocolate ganache
Fully Cover Chocolate ganache, butter cream
Filling Chocolate ganache
Fully Cover Chocolate ganache, butter cream
Dari Penang turun ke Baling untuk sambut birthday si manis..
CRISHTINI & CRISHTINA ... happy birthday baby!!
Sponge cake chocolate flavour
Topping Butter cream
Sponge cake orange flavour
Topping Butter cream
Kek Span dengan perisa oren & coklat untuk si kembar yang suka kartun Upin & Ipin... Acik dah cuba buat yang terbaik untuk kalian berdua...
Harap2 kalian berdua suka... Happy birthday sayang..
Thursday, 26 June 2014
Red Velvet - Roses for hubby n sister..
Kek pink sangat2...memang terserlah warna dia. Memang cantik..
Kek ni di tempah oleh customer, area baling..dia nak hadiahkan untuk suami dan kakak dia..warna dan design kek adalah pilihan dari customer sendiri..
TQVM yeerrr...
Tuesday, 24 June 2014
Cup cake chocolate moist & sponge cake..
Salam semua,apa khabar? Lama tak jengahkan...liat sikit nak kemaskini blog ni...Hehehehe Maaf lah yer, cheq tak sempat nak kemaskini blog dalam seminggu dua lepas...Cheq sibuk dengan tempahan minggu terakhir sebelum puasa..
Ada dua tiga gambaq yg cheq akan masukkan..tunggu yeerr..
Ok, ni cheq masukkan gambar cup cake yang di tempah oleh keluarga mentua adik di Kubang Semang. Dia org buat hari Ibu Bapa...haaa sambut dua2 terus jimat belanja...huhuhu ^_^.
Cup cake ni untuk habuan anak2 buah dia.. harap2 semua suka..
Tuesday, 10 June 2014
Cupcake fondant - light pink + blue terqoise
Tempahan dari Iza, batu 7 Baling.... Iza ni tak banyak cakap.. Dia suruh cheq buat ikut suka cuma warna saja Iza yang tetapkan...
Bila tiba masa nak ambik cupcake ni..waaaaa, comel budaknya.. suka senyum jekkk..cheq jer banyak cakap...huhuhuhu....
Selamat Bertunang yer Iza...
Cupcake paun fondant
Cupcake hantaran perkahwinan & kek tingkat perkahwinan - pink!!!
Okey, Ni tempahan dari cikgu Fira. Dia mai rumah dengan maknyeeerr... muda lagi mak dia.. awek muda gitu..hehehe. Cheq suka tengok muka mak cikgu Fira..sweet sgt.. anak dia pun cantik.
Dia mai tempah cupcake untuk hantaran dan kek bertingkat untuk majlis di rumahnya.. Semua tema dan warna di tetapkan oleh cikgu Fira, cheq cuma olah sikit bagi sesuai...
Cheq harap cikgu Fira berpuas hati dan cheq minta maaf kalau ada yang tak kena..
Selamat Pengantin Baru, semoga hidup berkekalan hingga ke akhir hayat...
Cupcake paun fondant
Soft fondant
Chocolate Moist Walnut (bawah) + Red Velvet (atas)
Filling Chocolate ganache + butter cream
Cover soft fondant + butter cream (bunga)
Kek Hari Jadi.... doktor...
Kek ni di tempah khas untuk doktor yang bekerja di klinik Malau oleh staf dia...Kata dia org nak buat kejutan sikit walaupun terlewat di sambut... Doc ni tak banyak cerewet tapi tegas org dia...Sbb tu anak2 buah dia sayang sangat kat dia...
Dapat boss baik..memang seronok bekerja. Penat pun tak terasa..kan?..kan?..kan?
Kek ni terdiri dari tiga keping kek span yang berlainan warna dan di lapisi dengan chocolate ganache yang pekat. Di luar cheq salutkan dengan chocolate ganache.. Di sebabkan kek ni nak di hadiahkan kepada doktor, so cheq buat stetoskop dari fondant.
Trio chocolate cake
Filling chocolate ganache
Topping chocolate ganache + fondant + butter cream
Monday, 9 June 2014
Kerana kek, hubungan lama terjalin semula... ^_^
Upin Ipin datang lagiii.....Ni kek hari jadi untuk anak adik angkat cheq.. Lama tak berhubung, terputus hubungan berbelas tahun dah. Bila dapat tau cheq dok buat kek. Dia terus call..dok sembang2 kek ape yang sedap tuk anak dara dia yang baru cecah 5 tahun.. Cheq rekomen leeerr Chocolate Moist Walnut nihh...memang ramai yang cakap sedap, kena dengan selera...hekhekhek ^_^ .. cheq bukan angkat bakul sendiri.. Alhamdulillah itu la feedback yang cheq dapat selama ni...
Malam tu.. Cheq dapat msg dari.."Terima kasih kak, kek tu memang sedap sangat.. lps ni jgn lupa adik lagi ya"
Chocolate Moist Walnut
Filling Chocolate Ganache
Topping Chocolate ganache + Butter cream + Fondant + Edible image
Kek Unik - Tengkorak ????
Nak kek tengkorak???? Betul ker ni ?...tu la riaksi cheq pertama kali bertemu dengan pelanggan ni... Yer la baru umur 8 tahun dengan adiknya umur 5 tahun...Dia orang datang dengan mak sedara.. memula tu cheq tunjukkan design2 kek kartun yang pernah cheq buat sebelum ni. Ben10, Spiderman, Sponge Bob dll la...Memula tu ok, lepas tu dia org bertukar pikiran. Nak kek yang tengkorak tu...Haaaa???? Umuq baru 8 tahun!!!
Mak sedara dia org pun tunjukkan gambar pada cheq.. Mak aiii tengok dalam internet rupanya.. aduh!! mampu ka cheq buat ni... Lalu ka org kita makan nanti tengkorak tu..org putih x kisah la...Foundant lak tu... Lepas dah tengok semua. Mak sedara dia org ckp x yah buat dengan fondant, kalau boleh ganti dengan butter cream jeeerr...Cheq pun pikir butter cream nanti susah cheq nak deco jadi cheq gantikan dengan soft fondant, nampak la kemas sikit...
Tadddaaaaa... ni la hasil dia. 2 tingkat kek... Tapak dia italian Rainbow di saluti chocolate ganache..
Italian Rainbow (bawah) + Chocolate Moist (atas)
Filling Cream Cheese
Topping Chocolate ganache (bawah) + Soft fondant (atas) + fondant
Tempahan Kek Dari Bank Rakyat Baling
Sempena musim sambutan hari2 tertentu, cheq di beri kepercayaan dari pihak Bank Rakyat Baling untuk menyediakan beberapa biji kek untuk di edarkan pada jabatan2 tertentu.. Minggu sebelum ni pun cheq ada terima tempahan dari mereka. Terima kasih sebab bagi kepercayaan pada cheq.. cheq ni amatur jer, baru belajar dan sentiasa akan belajar... Terima kasih tak terhingga...
Double Chocolate Cheese Cake
Filling Cream Cheese
Topping Chocolate ganache + Butter Cream
Carrot Walnut Cheese
Filling Cream Cheese
Topping Cream Cheese + fondant
Tempahan Hari Guru...
Terang pulak gambaq ni..x jelas bentuk bunganya... kek chocolate Moist Walnut ni hadiah dari Cik Na cheq tuk hubby dia... Katanya x sempat sambut meriah2...dapat hadiah kek pun dah ok.. Hope pakcik suka dan dapat hilangkan keletihan sikit dengan sambutan dari isteri tersayang....
Selamat hari jadi cik Mat.. Semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki...
Chocolate Moist Walnut
Filling Chocolate ganache
Fully Cover Chocolate ganache + butter cream
Walaupun Hari Guru dah lama berlalu tapi masih ramai yang sambut.Yer la baru lepas exam pertengahan tahun... Jangan silap faham tau...tempahan ni akhir bulan lepas.. 23 May lepas...kehkehkeh...kan cheq dah habaq dah, gambar2 ni terkumpul penuh dalam kamera..ari ni baru ada masa nak upload..
Kek Red Velvet...Tempahan dari Sek. Kebangsaan Kuala Kuang, Kupang (SKKK) .... Pukul 8 pagi cheq tergopoh gapah keluar rumah nak pi anta kek...heeheheeee sbb dah janji nak anta ke sek... Sebab kelam kabut dengan selamba jeeeerrrr cheq pi sek tu pakai jeans uuuu... hahaha.. dah la tengah wat bacaan Yassin...malu gileeerrr ahhh!!!
Red Velvet
Filling Cream Cheese
Topping Cream Cheese + Fondant + Butter Cream
Ni adalah tempahan dari sek. agama (SMADI) dekat pokok kabu dekat Kupang... Tempahan ni secara mengejut cheq siapkan.... Memang kelam kabut sikit siapkan coz cikgu yang tolong ambik ode ni terlupa nak habaq tarikh nak ambik... Semalaman cheq buat semua kek. Kebetulan hari yang sama dengan SKKK. Nasib baik juga la tempahan dari SKKK cheq dah siapkan awal. Jadi cheq habiskan masa dengan siapkan 2 biji kek dan 50 biji cupcake coklat.
Red Velvet
Filling Cream Cheese
Topping Cream Cheese + Fondant + Butter Cream
Chocolate Moist Walnut
Filling Chocolate ganache
Fully Cover Chocolate ganache + butter cream
Cupcake Chocolate
Topping Buttercream
Teringin... kek..kek..kek
Assalamualaikum....
Lama x jejak kaki ke blog sendiri... almaklum jer lah.. sibuk! bakar membakar katakan... di sebabkan bz dengan kerja membakar dan menyolek kek ni...terkumpul banyak gambar yang di ambil dlm kamera.. hari ni ada sedikit masa terluang, jadi boleh la cheq mengemaskini blog ni..
Ada banyak cerita menarik yang tersimpan dalam kepala ni sepanjang x cukup masa mengemaskini blog.. huhuhu...cerita pasal kek jerrr bukan gosip2 mak jenab yeeer...hehehe..tapi cheq x pasti dapat cerita semua..
Tak per lah, kita baca sambil layan gambar2 yang dah cheq masukkan...
Baby cake chocolate Moist Walnut ni, permintaan ibu mengandung...dia dah lama mengidam nak makan kek. Nak pi beli almaklum lah kena keluar pekan..jauh la sikit. Dia dah tunggu masa nak bersalin jer..dengar citer org yang tolong tempahkan kek ni entah esok lusa nak beranak dah (time tempah kek tu la)..huhuhuhu.. Sanggup nak pi pekan semata2 nak beli kek jer..Alhamdulillah, ada org yang sudi tolong dia, datang rumah cheq bagi tau nak tempah kek untuk org mengidam kek ni... Cheq paham, ngidam ni bukan boleh buat main2..nanti anak tu meleleh pulak air liur dia sbb mak dia kempunan nak makan...hehehehe..
Kek dengan berat setengah kilo. Tak ada hiasan yang di tetapkan, so cheq buat bagi sedap mata dan sejuk hati org yang nak jamah kek ni... Pada ibu yang mengidam ni...cheq doakan ibu dan anak yang baru di lahirkan (cheq rasa dah bersalin) selamat...
Besar nanti nak jadi pembuat kek @ kuat makan kek niii??? hehehe....
Chocolate Moist Walnut
Filling Chocolate ganache
Fully Cover Chocolate ganache + butter cream
Okey, ni mini cupcake yang di tempah oleh akak yang kerja kat Bank Rakyat Baling...Huhuhu, minta maaf yek kakak, cheq lupa apa nama akak ni.. Dia tempah sebelum pi umrah..
Masa pi anta,dah bertukar tangan.. akak ni dah pelawa kawan2 dia makan..Alhamdulillah sebab habaq cupcake ni sedap.. Cupcake ni mmg lembut..makan satu nak 2, pastu nak 3, pastu boleh habis semua..hehehehehe... Akak BR Baling ni tempah 500 biji mungkin untuk bawa balik ke kampung kotttt...huhuhu pandai jer teka...
Cheq doakan akak selamat pi dan balik..
Mini cupcake
100 biji RM13
Colorfull gitu, terang wanernyeerrr....kata mak sedara Auni...hehehe.. budaknyer comel putih serlah Auni ni.. Dia demam, katanya..dapat makan kek nanti baik laaa....
Masa buat tempahan kek ni cheq tak tau pun umuq dia 5 tahun... Acik doakan Auni dah sihat dan boleh main dengan adik2 k...
Chocolate Moist Walnut
Filling Chocolate ganache
Fully Cover Chocolate ganache + butter cream + edible image
Subscribe to:
Posts (Atom)